Home SemasaKanak-kanak 11 tahun antara 28 PATI ditahan di Johor

Kanak-kanak 11 tahun antara 28 PATI ditahan di Johor

by Nurulhuda
A+A-
Reset

JOHOR BAHRU, 3 Jan – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 28 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dalam serbuan Op Sapu di beberapa premis sekitar Skudai, awal pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Johor, Baharuddin Tahir berkata, serbuan dilakukan sekitar jam 12.50 pagi oleh sepasukan pegawai dari bahagian penguat kuasa hasil maklumat awam.

“Hasil siasatan awal, mendapati PATI terbabit menyewa ruang tamu dan bilik kecil rumah kedai, dengan kadar sewaan bermula RM450 hingga RM750 sebulan,

“PATI yang ditahan terdiri daripada 9 lelaki dan 4 wanita warga Myanmar. Selebihnya, 5 lelaki dan 3 wanita, serta seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia,

“Turut ditahan 6 lelaki warga Bangladesh. Kesemua yang ditahan berusia 11 hingga 56 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Baharuddin menjelasnkan, kesemua yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen pengenalan diri dan Seksyen 15(1)(c) akta sama iaitu tinggal lebih masa.

“JIM menyeru agar orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin di kawasan masing-masing dan tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap warga asing yang menyalahi undang-undang,

“Operasi penguatkuasaan akan dilakukan dengan lebih giat di negeri ini bagi membanteras isu kebanjiran PATI yang semakin galak menguasai sesuatu kawasan,” ujarnya lagi. -airtimes.my

#keselamatan #airtimes #PATI #JIM #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply