Home SemasaLebih 66,000 anggota pelbagai agensi siap sedia hadapi Monsun Timur Laut

Lebih 66,000 anggota pelbagai agensi siap sedia hadapi Monsun Timur Laut

by Nurulhuda
A+A-
Reset

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=OKbIUiJyZ60[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 28 NOV – Seramai 66,169 pegawai dan anggota dari pelbagai cabang agensi Kerajaan di semua peringkat berada dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) sehingga Mac 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, agensi-agensi tersebut turut disokong dengan 25,440 unit pelbagai aset bagi melaksanakan operasi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

“Ia termasuk dari Agkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang merangkumi aset darat, air serta udara,” katanya bagi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai persediaan kerajaan dalam melaksanakan pelan komprehensif pengurusan bencana banjir bagi memastikan keselamatan mangsa banjir dan meminimumkan kehilangan harta benda dalam musim MTL ketika ini.

Anwar turut memaklumkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersedia untuk mengaktifkan 8,481 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara bagi mengelakkan keadaan kelam kabut ketika bencana itu melanda.

“Persiapan sudah dimulakan sekarang walaupun, kawasan-kawasan itu belum terkena kesan yang parah,

“Persiapan tersebut bakal menempatkan seramai 1,620,855 mangsa yang melibatkan 5,063 buah sekolah; 2,457 buah balairaya atau dewan; 572 Masjid dan termasuk 389 pusat komuniti,

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan awal sebanyak RM241 juta yang disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dan Agensi Tindak Balas bagi tujuan pengoperasian serta bantuan kepada mangsa bencana itu.

“Ini kegunaan bagi 164 daerah dibawah semangat Malaysia Madani bagi mengurangkan kesukaran dalam menguruskan bencana MTL saban tahun,

“Manakala, RM100 juta telah dibelanjakan bagi penyelenggaraan sungai dan sebagainya,” ujarnya lagi.-airtimes.my

#semasa #DSAI #banjir #airtimes

Related Articles

Leave a Reply