Home Semasa PPIM beri tempoh 14 hari, tolak IHR WHO demi kedaulatan negara

PPIM beri tempoh 14 hari, tolak IHR WHO demi kedaulatan negara

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=23k3Fl9nl9I[/embedyt]KUALA LUMPUR, 11 NOV – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan membantah Pandemik Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Jurucakap Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Zulkifli Hasan itu turut menggesa Ketua Polis Negara dan timbalannya menyiasat 500 laporan polis yang telah dibuat mereka sebelum ini.

“Orang hilang pun polis periksa, tapi kita hampir nak hilang negara dengan IHR ini, negara, agama dan bangsa kita akan terjejas, tapi tiada siasatan,

“Kami ini rakyat Malaysia, bukan pendatang tanpa izin, kami mengharapkan Ketua Polis Negara dan Datuk Seri Ayob Khan siasat perkara ini,

“Kalau tidak kita akan dijajah zionis melalui IHR, kita semua agama kita habis, negara kita habis, kita akan dipaksa vaksin, kita akan dipaksa lockdown dan ini kita tidak mahu,” katanya kepada Air Times di luar pekarangan Bukit Aman, hari ini.

Mohd Zulkifli berkata, sekiranya kerajaan gagal menyelesaikan isu ini dalam masa 14 hari, kumpulan anti vaksin itu tidak teragak-agak untuk membuat bantahan secara besar-besaran di hadapan Bukit Aman.

Rata-rata peserta yang hadir di Masjid Negara membawa plakad Tolak Pindaan IHR dan WHO. Foto: AIrTimes/Pasri

“Kita akan berhimpun lagi dengan lebih besar kalau kerajaan tak dengar suara kita, kita tak nak ganggu kerajaan, apabila kerajaan mengancam nyawa kita, kita terpaksa lawan,

“25 November ini hari terakhir bagi kerajaan untuk hantar surat kepada WHO supaya ditolak langsung IHR ini,

“Kita tak boleh lagi duduk dalam WHO. Kita bukan tikus makmal, mereka kena uji ubat mereka pada binatang dahulu, baru cucuk rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Mohd Zulkifli bersama peserta mengadakan solat hajat di Masjid Negara pada jam 9 pagi.

Kemudian, kira-kira 30 individu berhimpun di luar pekarangan Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara. Bagaimanapun kumpulan itu hampa apabila dimaklumkan pegawai perhubungan awam pejabat Ketua Polis Negara tidak dapat menerima memorandum tersebut kerana sedang bercuti.

Mengulas lanjut, Zulkifli juga turut mempertikaikan kenyataan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa yang menyatakan Artikel 59 IHR boleh ditukar selepas Malaysia meratifikasi perjanjian itu.

Mohd Zulkifli bersama kira-kira 30 individu peserta berhimpun di luar pekarangan Bukit Aman untuk menghantar memorandum bantahan kepada Ketua Polis Negara. Foto: AirTimes/Pasri

“Mengikut kami punya kajian, IHR tidak boleh ditukar. Pada 30 November 2023, tarikh akhir untuk kita buat bantahan, jadi kita minta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ambil berat ini, negara kita nak tergadai dengan zionis, kenapa kamu tak boleh hantar satu surat tolak IHR ini,

“Kalau tidak, Ahli Parlimen kena bentangkan Artikel 1, Artikel 2, Artikel 3 dan Artikel 12 yang mengancam negara ini,

“Jangan hanya dijawab negara ini selamat, saya jaga keselamatan, akhirnya kita terjual. Sekarang 2.5 juta rakyat Malaysia sakit dan lebih 250,000 dah meninggal, kita mahu mereka jawab. Mereka tak jawab sampai sekarang, ini kerja ahli Parlimen kami, bukan kerja kami,” katanya lagi. -airtimes.my

#semasa #IHR2015 #pandemik #PPIM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!