Home Teknologi Pertahanan Marker Robot: Kenderaan armor tanpa pemandu Rusia hadir ke Ukraine

Marker Robot: Kenderaan armor tanpa pemandu Rusia hadir ke Ukraine

by Abdul Azaman

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=xhj8HWFchNI[/embedyt]

Baru-baru ini, Rusia telah menghantar sejumlah MARKER ke Donbas, Ukraine. Langkah yang diambil oleh Moskow dilihat sebagai tindak balas Rusia terhadap penghantaran kereta kebal Leopard oleh NATO kepada Ukraine.

Marker Robot adalah sejenis aset armor keluaran Rusia. Ia merupakan kenderaan tanpa pemandu (UGV).

Ianya mempunyai platform seperti kereta kebal dilengkapi dengan pelbagai sensor dan senjata. Aset ini dilengkapi dengan turet yang mampu untuk menampung sistem pelbagai sistem persenjataan. Ini termasuklah misil anti kereta kebal, mesingan berat dan pelancar grenad.

Marker yang dihasilkan oleh Android Technique mempunyai berat lebih daripada 3 tan. Ia boleh dioperasikan secara autonomi dan mempunyai keupayaan pengenalan objek dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Turet MARKER boleh dilengkapi dengan misil anti armor dan mesigan.

Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan sebuah dron dan hanya diterbangkan sekiranya peninjauan awal perlu dilakukan pada sesuatu kawasan.

Marker dilaporkan mampu beroperasi secara berterusan selama tiga hari tanpa mengecas bateri.

Kenderaan ini menggunakan platform beroda yang mampu meneroka sehingga 100 kilometer di semua keadaan dan bentuk jalan dan muka bumi.

Operator MARKER hanya perlu memilih titik mula dan tamat bagi setiap operasi dilaksanakan.
MARKER akan mencari laluan sendiri, mengelak halangan secara automatik dan memilih laluan terpantas.

Kenderaan ini dilengkapi dengan beberapa kamera dipasang bagi memberikan pandangan sekeliling dan membentuk gambaran lengkap tentang persekitaran.

Selain menjadi kenderaan tempur, MARKER juga boleh digunakan sebagai kenderaan pembawa dron. Selain dron tinjauan, kenderaan ini mempunyai potensi untuk digunakan sebagai platform bergerak untuk melancarkan dron kamikaze.

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum terdapat sebarang laporan atau pendedahan mengenai kehadiran Marker – sama ada oleh Ukraine mahupun Rusia itu sendiri. Ini dengan melihat aktiviti penyiaran video dan imej oleh kedua-dua pihak sepanjang peperangan ini berlaku. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply