Home SemasaGlobal Tentera Laut Korea Selatan bakal tempatkan wanita sebagai anggota kapal selam

Tentera Laut Korea Selatan bakal tempatkan wanita sebagai anggota kapal selam

by M.Daim

SEOUL, 8 Feb – Tentera Laut Korea Selatan telah memulakan proses pemilihan anggota kapal selam wanita untuk buat pertama kalinya.

Keputusan pemilihan dijangka akan selesai pada Jun ini.

Menurut laporan media Korea Selatan, Yonhap, pihak tentera negara itu telah mengubah polisi penempatan anggotanya pada tahun lalu dengan membenarkan penyertaan anggota kapal selam dari golongan wanita.

“Peluasan peranan wanita dibuat sebagai jalan penyelesaian terhadap kemungkinan masalah kekurangan anggota tentera akibat kadar kelahiran yang rendah,” kata laporan itu.

Menurutnya, Tentera Laut Korea Selatan akan menempatkan kesemua anggota wanita terbabit pada kapal selam 3,000 tan pada suku pertama tahun 2024.

Anggota tentera laut wanita sebelum ini tidak dibenarkan untuk berkhidmat dalam kapal selam kerana vesel itu tidak mempunyai kemudahan yang sesuai bagi penempatan mereka.

Kadar kelahiran  Korea Selatan mengalami penurunan ketara untuk tempoh 1 dekad.

Berdasarkan rekod oleh jabatan statistik negara itu (KOSIS), Korea Selatan mencatatkan 260,562 kelahiran berbanding 317,680 kematian pada tahun 2021. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply