Home Semasa Pasukan menyelamat SMART Malaysia tiba di Turkiye, terus menuju Gaziantep

Pasukan menyelamat SMART Malaysia tiba di Turkiye, terus menuju Gaziantep

by M.Daim

ANKARA, 8 Feb – Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah selamat tiba di Turkiye.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pasukan penyelamat dari negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada jam 5.50 pagi waktu tempatan.

“Mereka seterusnya diberikan taklimat sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Adana bagi meneruskan perjalanan ke Gaziantep,” kata NADMA dalam satu hantaran di akaun media sosial rasmi mereka.

Pasukan SMART yang terdiri daripada 70 orang anggota telah digegaskan ke Turkiye pada tengah malam Isnin menerusi penerbangan Turkish Alirlines.

Sementara itu, keadaan cuaca sejuk, gempa susulan dan infrastruktur jalan yang rosak menjadi cabaran kepada pasukan penyelamat untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Cuaca sejuk, gempa susulan dan kerosakan infrastruktur perhubungan menjadi cabaran utama kepada anggota penyelamat gempat di Turkiye dan Syria.

Sehingga malam semalam, seramai 6,200 nyawa dilaporkan terkorban di kedua-dua negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan angka kematian mungkin melebihi 20,000.

Sementara itu, pihak kecemasan Turkiye menyatakan lebih 4,500 orang maut dan 26,000 lagi cedera di negara itu.

Di Syria, petugas penyelamat Helmet Putih (White Helmet) sedang berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan bangunan di kawasan Aleppo.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah mengumumkan darurat bencana selama 3 bulan di 10 wilayah yang terjejas akibat bencana gempa bumi.

Dalam satu hantaran di akaun sosial rasmi beliau, Erdogan menyatan langkah tersebut diambil membolehkan operasi menyelamat dan susulan dapat dilaksanakan pada kadar segera.

Turkiye telah digegarkan dengan 2 gempa bumi yang melanda negara itu pada Isnin lalu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply