Home Pertahanan dan Keselamatan Bincang kerjasama pertahanan Malaysia, Brunei

Bincang kerjasama pertahanan Malaysia, Brunei

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengadakan lawatan rasmi ke Brunei Darussalam dalam mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua buah negara.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan memaklumkan, Mohamad telah menghadap Kebawah Duli Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bengawan, hari ini.

Menurut MINDEF, pertemuan 4 mata itu turut diadakan sesi perbincangan yang produktif khususnya mengenai kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Brunei.

Dalam masa yang sama, Mohamad turut memanjangkan jemputan kepada Baginda untuk mencemar duli melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang akan diadakan dari 23-27 Mei hadapan.

Terdahulu, Mohamad yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2 Disember 2022 itu telah membuat panggilan ke atas Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Abdul Razak Abdul Kadir.

“Dalam panggilan itu, kedua-dua Menteri mengulangi komitmen mereka untuk mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dua hala yang telah lama terjalin,

“Kedua-dua Menteri turut bersetuju meningkatkan kerjasama pertahanan dan sektor ketenteraan melalui pelbagai platform dua hala dan pelbagai hala,

“Mereka turut mengakui bahawa lawatan rasmi ini adalah sebagai salah satu bukti ikatan yang kukuh dan dinamik melibatkan hubungan pertahanan kedua-dua negara,” jelas MINDEF lagi.

Tambah MINDEF, Malaysia dan Brunei Darussalam dapat meneruskan hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan kunjungan Mohamad ini telah memberi peluang kepada kedua-duanya negara untuk mempertingkatkan lagi perkongsian strategik mereka.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply