Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Sah, PN lantik Hamzah jadi Ketua Pembangkang

Sah, PN lantik Hamzah jadi Ketua Pembangkang

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Perikatan Nasional (PN) mengesahkan melantik Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilantik menjadi Ketua Ahli-Ahli Parlimen PN.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN berkata, selaras dengan fungsi dan peranan sebagai satu-satunya parti pembangkang di Parlimen Dewan Rakyat ke-15, Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah bersetuju sebulat suara dengan pelantikan berkenaan.

PN juga bersetuju melantik Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Ketua Whip Pembangkang dibantu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai timbalan.

Manakala Presiden PAS pula dinamakan Timbalan Ketua Ahli-Ahli Parlimen PN.

“Parti PN percaya bahawa pelantikan ini dapat memperkukuh dan memperkasa peranan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional sebagai pihak pembangkang yang berwibawa dalam membawa suara serta kepentingan rakyat di Dewan Rakyat kali ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply