Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Harap puak PH sentuh isu umat Islam segera disiasat – Hadi Awang

Harap puak PH sentuh isu umat Islam segera disiasat – Hadi Awang

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berharap kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat berlaku adil dengan melakukan siasatan segera terdapat mana-mana pihak lain yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Beliau berkata, siasatan segera perlu dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama seperti yang terjadi pada dirinya.

“Mintak supaya giliran pihak lain puak-puak Pakatan Harapan (PH) yang menyentuh isu Umat Islam segera disiasat juga. Kita tunggu dan lihat,” katanya kepada pemberita selepas selesai hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, pada Isnin.

Terdahulu, Ahli Parlimen Marang itu tiba di IPD Sentul kira-kira pukul 2.55 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire bagi memberi keterangan berhubung dakwaan ucapan berbaur hasutan sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Abdul Hadi dalam laporan sebelum ini mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa di samping turut menyifatkan parti tersebut sebagai tidak bermoral.

Mengulas lanjut, Abdul hadi menjelaskan, bersedia untuk tindakan selanjutnya sekiranya beliau didapati bersalah atas pertuduhan itu.

“Saya telah memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada polis, berdasarkan kepada soalan-soalan yang dikemukakan,

“Saya memberi penjelasan dan bersedia untuk tindakan selanjutnya. Sama ada ke mahkamah atau sebagainya, saya bersedia,” ujarnya lagi.

Siasatan telah dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply