Home Pertahanan dan Keselamatan Tanpa keupayaan pertahanan yang baik, kemakmuran negara tidak akan wujud – Tok Mat

Tanpa keupayaan pertahanan yang baik, kemakmuran negara tidak akan wujud – Tok Mat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menegaskan pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu perkara yang perlu diberikan keutamaan demi pembangunan negara.

“Kalau tidak ada pertahanan dan keselamatan yang baik, kedaulatan negara terancam, kita boleh lupakan kemakmuran negara,

“Adalah penting untuk kita pastikan supaya orang faham bahawa kedaulatan negara adalah keutamaan untuk terus dipertahankan,

“Kita pertahankan pesisiran, ruang udara dan sempadan negara dengan sebaik yang mungkin,” kata Tok Mat semasa sidang media di Wisma Pertahanan, hari ini.

Terdahulu, beliau tiba di Kementerian Pertahanan untuk memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan semenjak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan selepas Pilihanraya Umum ke-15.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan menyatakan tahap kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah berada di tahap yang optimum.

Menurut beliau, pertahanan dan keselamatan merupakan tonggak serta teras kepada negara.

“Bagi saya, tahap kesiapsiagaan ATM amat baik sekali demi untuk menjaga pertahanan dan kedaulatan serta kesejahteraan negara,

“Ini merupakan faktor utama tonggak dan teras negara kita, iaitu pertahanan dan keselamatan,” ujar beliau. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply