Home PolitikPAS /PPBM / LAIN BN tamak, tuntut jawatan MB, 7 EXCO di Pahang – Saifuddin

BN tamak, tuntut jawatan MB, 7 EXCO di Pahang – Saifuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Perikatan Nasional (PN) Pahang, menyifatkan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘tamak’ ekoran perebutan kerusi sehingga menyukarkan pembentukan kerajaan di negeri itu yang diterajui PN dan BN.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, BN yang memenangi 16 daripada 41 kerusi DUN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan 7 kerusi EXCO.

Menurut beliau sejak awal, PN sedia berunding untuk membentuk kerajaan Pahang tetapi bukan dengan Pakatan Harapan (PH) yang membawa agenda yang bertentangan dengan kepentingan rakyat.

“Tetapi BN pula menuntut jawatan menteri besar dan mahukan 7 kerusi Exco dan hanya setuju berikan Perikatan Nasional 1 kerusi Exco sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat,

“Sifat tamak dan mahu mengetepikan mandat rakyat ini adalah sifat sebenar UMNO-BN yang rakyat perlu sedar,

“Saya tidak tahu apa gula-gula ‘pelincir’ yang PH setuju tawarkan kepada BN. Saya harap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Jelasnya, parti yang mendapat mandat terbesar daripada rakyat Pahang ialah PN.

“Parti yang menerima mandat terbesar daripada rakyat Pahang ialah Perikatan Nasional. Itulah kehendak rakyat yang perlu dihormati,”ujarnya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu, PN Pahang memenangi 17 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, manakala BN hanya memperoleh 16 kerusi dan PH hanya 8 kerusi.

Keputusan PRU-15 menyaksikan tiada parti berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Susulan itu terdapat siri perbincangan antara Perikatan Nasional dan BN, selain BN serta PH untuk menubuhkan kerajaan negeri campuran. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply