Home PolitikBarisan Nasional Surat tular calon Tok Mat sebagai Timbalan Perdana Menteri palsu – BN

Surat tular calon Tok Mat sebagai Timbalan Perdana Menteri palsu – BN

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Barisan Nasional (BN) menjelaskan, kenyataan tular di media sosial yang memaparkan nama Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah palsu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di media sosialnya turut membuat penafiaan berhubung kenyataan tersebut.

Kenyataan menggunakan kepala surat BN itu kononnya dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan menyenaraikan 4 Ahli Parlimen BN untuk pertimbangan dilantik dalam Kabinet.

Selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, Mohamad dinamakan sebagai calon Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan palsu berkenaan.

Nama yang terdapat dalam surat tular itu adalah Datuk Seri Johari Ghani (Menteri Kewangan); Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Hal Ehwal Undang-undang); Datuk Mohamed Khaled Nordin (Menteri pelajaran) dan Datuk Mohamad Alimin (Menteri Kerja Raya).

Kenyataan tular itu juga memaklumkan Anwar Ibrahim mendapat sokongan akuan bersumpah (SD) bersyarat daripada 30 Ahli Parlimen BN.

Selain itu, Zambry turut memuat naik kenyataan tular tersebut dengan membuat penafian di laman Facebooknya hari ini.

“Banyak sangat berita palsu,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply