Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Cukuplah Rafizi dengan fitnah orang, saya akan saman – Ikmal Hisham

Cukuplah Rafizi dengan fitnah orang, saya akan saman – Ikmal Hisham

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan mempunyai kepentingan atau terlibat dalam proses perolehan Self-Propelled Howitzer (SPH) untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM) seperti yang didakwa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Penyandang Parlimen P.027, Tanah Merah itu turut menasihati Rafizi agar menghentikan fitnah yang berdasarkan imiginasinya sendiri.

Menurutnya, Rafizi terlalu mudah membuat tanggapan bahawa beliau amat berkuasa untuk mempengaruhi sesuatu perolehan di Kementerian Pertahanan (MINDEF), sedangkan semua perolehan di kementerian perlu melalui dipersetujui oleh end-user terlebih dahulu.

“Seolah-olah pegawai di Kementerian dan ATM membuat kerja secara semberono sahaja tanpa perlu mengikut peraturan sedia ada,

“Kenyataan fitnah seperti ini adalah suatu penghinaan bagi pegawai-pegawai kerajaan yang telah menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa berusaha bagi memastikan kesiagaan pertahanan negara berada dalam tahap tertinggi,

“Semua perolehan aset di MINDEF perlu melalui proses kerja yang ketat dan mesti dipersetujui terlebih dahulu oleh end-user iaitu pihak TDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),

“Tiada sesiapapun yang boleh mempengaruhi kebijaksanaan end-user dalam mendapatkan aset yang terbaik untuk pertahanan negara,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikan bagi mengulas kenyataan Rafizi yang memetik namanya dengan tomahan perbekalan aset untuk MINDEF, semalam.

Mengulas lanjut, Ikmal Hisham menjelaskan, Perikatan Nasional (PN) mempunyai proses tapisan yang ketat sebelum seseorang itu dilantik sebagai calon Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRU15) ini.

“Semua calon perlu menjalani tapisan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),

“Alhamdulillah, saya dan calon-calon PN telah melepasi semua tapisan tersebut dan InshaAllah saya akan terus kekal bersih,” ujarnya.

Ikmal Hisham turut menjelaskan, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang selepas PRU-15 sekiranya fitnah ini berterusan.

Semalam, Rafizi dalam kenyataan menjelaskan akan membongkar satu lagi salah laku pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah mendakwa kerajaan PN selama 18 adalah kegagalan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sehingga kini, BERSATU tidak memberi sebarang penjelasan atau menafikan perkara ini. Latiff Ahmad pula tidak menyaman saya kecuali membuat satu laporan polis,

“Tindakan BERSATU seolah-olah mahu perkara ini dilupakan begitu sahaja oleh rakyat. Dalam tempoh berkempen ini, saya akan tunjukkan pula bagaimana seorang lagi pimpinan kanan BERSATU, Ikmal Hisham Abdul Aziz (bekas Timbalan Menteri Pertahanan) terpalit dengan kontroversi perbekalan meriam artileri (SPH) yang turut menjadi isu besar di kalangan pengurusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

“Sehingga kini juga, Muhyiddin dan PN tidak berjaya menangkis bukti-bukti yang telah ditunjukkan setakat ini,” jelas Rafizi.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply