Home Politik PN janji akan kekalkan inisiatif Bajet 2023 bantu rakyat, penjawat awam – Muhyiddin

PN janji akan kekalkan inisiatif Bajet 2023 bantu rakyat, penjawat awam – Muhyiddin

by M.Daim

SHAH ALAM, 7 November – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan gabungan parti itu akan mengekalkan inisiatif Bajet 2023 untuk membantu rakyat serta penjawat awam.

Beliau menyatakan demikian dalam ucaptama Majlis Pelancaran Manifesto Perikatan Nasional di Glenmarie Hotel & Golf Resort, semalam.

“Kami memberi jaminan bahawa semua inisiatif Bajet 2023, termasuk bantuan kepada rakyat dan penjawat awam akan dilaksanakan oleh PN,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Muhyiddin telah melancarkan Manifesto PN yang bertemakan “Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang” atau PN Best.

Menurut beliau, manifesto PN merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran kepada rakyat Malaysia untuk Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15)

“Ia digubal dengan mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara-perkara yang dianggap penting oleh mereka,” jelas Muhyiddin.

Tambahnya, manifesto yang dilancarkan telah meletakkan keperluan rakyat sebagai keutamaan PN sekiranya diberikan mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply