Home SemasaGlobal BAE Systems terus bekal khidmat sokongan avionik Eurofighter Typhoon untuk 5 tahun

BAE Systems terus bekal khidmat sokongan avionik Eurofighter Typhoon untuk 5 tahun

by M.Daim

LONDON, 7 Nov – Syarikat BAE Systems telah dianugerahkan kontrak bekalan khidmat sokongan avionik jet pejuang Eurofighter Typhoon untuk tempoh 5 tahun.

Kontrak khidmat sokongan tersebut melibatkan jet pejuang yang dioperasikan oleh Jerman, Sepanyol, Itali dan United Kingdom.

“Kontrak tersebut yang bernilai US$90.5 juta ini adalah merangkumi perkhidmatan penyelenggaraan dan baikpulih sistem avionik utama,

“Ia merangkumi sistem paparan, kawalan penerbangan dan Helmet Mounted Display. Ini bagi memastikan Typhoon sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi pada bila-bila masa,” kata BAE Systems dalam satu pengumuman.

Eurofighter Typhoon merupakan jet pejuang yang dihasilkan melalui program kerjasama pelbagai negara melalui syarikat Eurofighter GmbH. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply