Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM cipta sejarah, hantar atlet teramai ke IRONMAN Langkawi 2022

TLDM cipta sejarah, hantar atlet teramai ke IRONMAN Langkawi 2022

by Nurulhuda

LANGKAWI, 4 Nov – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melakar sejarah dengan menghantar penyertaan teramai sejak IRONMAN diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2000.

TLDM menerusi hantaran di media sosial rasminya memaklumkan, Tim Sukan Lasak TLDM itu terdiri daripada 7 pegawai dan 4 anggota yang diketuai oleh Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung.

Jelasnya, IRONMAN ialah trademark sukan antarabangsa melibatkan 3 disiplin yang perlu diharungi satu per satu tanpa henti secara bersiri.

“Ia dimulai dengan berenang sejauh 3.8 kilometer (km), disusuli berbasikal 180.2 km dan menamatkan larian marathon 42.2 km,

“Kesemua atlet perlu menamatkan pertandingan sebelum Cut Off Time (COT) yang ditetapkan iaitu 17 jam,

“Manakala 70.3 IRONMAN pula adalah separuh COT dan jarak IRONMAN,” jelas hantaran itu.

Sehubungan itu, TLDM menjelaskan, sukan IRONMAN boleh dikatakan sebagai aktiviti sukan sehari yang paling sukar serta paling mencabar di planet ini.

Tambah TLDM, sukan lasak ini sinonim dengan tentera laut disebabkan pengasas IRONMAN ialah mantan anggota Navy Seal Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu Commander John Collins USN (Retired) dan isterinya Judy Collins, di mana diperkenalkan pada penghujung tahun 1970an.

“Bagi acara yang akan berlangsung esok, setiap atlet TLDM perlu menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk bersaing dengan 1,500 peserta daripada lebih 50 negara,

“Ia juga melibatkan atlet Profesional dan juga Amatur. Semoga sukses hendaknya diucapkan kepada semua atlet yang terlibat agar Finish Strong,

“Seluruh warga Navy People hendaklah menjadikan aktiviti sukan sedemikian sebagai motivasi serta inisiatif atau usaha untuk mematuhi dasar 3K yang ditetapkan oleh perkhidmatan pada tahun 2008, iaitu memiliki Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan (3K) yang baik,” jelas TLDM. -airtimes.my

Tim Sukan Lasak TLDM disertai seramai 7 pegawai dan 4 anggota yang diketuai oleh Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung.

Related Articles

Leave a Reply