Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kolaborasi 3 KAD, agensi penyelamat siap siaga laksana operasi urus mangsa banjir

Kolaborasi 3 KAD, agensi penyelamat siap siaga laksana operasi urus mangsa banjir

by Nurulhuda

SEBERANG PERAI, 4 Nov – Tetera Darat Malaysia (TDM) melalui Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja (3 KAD) telah melaksanakan Eksesais BERSATU MURNI menerusi kolaborasi bersama agensi – agensi penyelamat Pihak Berkuasa Awam (PBA).

Markas 3 KAD menerusi hantaran di media sosialnya berkata, eksesais ini telah dilaksanakan bersama-sama Angkatan Pertahanan Malaysia (APM); Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBP); Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM); Pejabat Kesihatan Daerah (PKD); Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); Pejabat Daerah di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT).

Jelas 3 KAD, eksesais ini telah dilaksanakan di kawasan hotspot sebenar banjir iaitu di sepanjang sungai kawasan am Kampung Labuh Banting, SPU dan kawasan am Kampung Terus, SPT pada 26 hingga 27 Oktober yang lalu.

“Eksesais ini dilaksanakan adalah untuk menguji serta menilai keupayaan serta tahap kesiagaan pasukan terutama melibatkan Skuadron (Skn) Tempur dan Skn Bantuan di dalam aturgerak di lapangan,

“Ia juga bagi mendokong pelaksanaan Operasi Murni (Op Murni) dalam tempoh notis masa serta-merta sekiranya bencana banjir melanda di kawasan tanggungjawab (KTJ),

“Disamping itu juga, eksesais ini turut menilai keberkesananan serta mengenalpasi gap capability yang wujud terhadap mekanisma kolaborasi sinergi antara pasukan bersama agensi penyelamat serta PBA berkaitan dalam konteks pengurusan mangsa banjir semasa bencana alam,” jelas 3 KAD.

Menurut 3 KAD, eksesais ini dimulakan dengan simulasi siren kecemasan banjir di kawasan hotspot yang terpilih di KTJ SPU dan SPT oleh pihak JPS. Seterusnya maklumat tersebut akan disalurkan kepada pasukan menerusi PBA.

“Skn A dan Skn B akan berkumpul di pasukan berpandukan kod RANKON sedia ada dan seterusnya diaturgerakan di KTJ masing-masing bagi membantu PBA dalam operasi menyelamat mangsa banjir,

“Mk Taktikal Rejimen turut diaktifkan di pasukan bagi tujuan pemantauan, penyaluran maklumat serta penyelarasan aturgerak susulan di lapangan manakala elemen echelon pasukan akan bertindak untuk ulangbekal kepada frontliner pasukan sekiranya terdapat keperluan,

“Di lapangan pula, Pusat Kawalan Operasi Bersama (PKOB), Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut diwujudkan dengan disimulasikan oleh PBA atau agensi yang berkaitan bertujuan untuk merealisasikan mekanisma pengurusan mangsa banjir di KTJ,” jelas hantaran itu.

Tambah 3 KAD, pelaksanaan eksesais ini telah memberi impak yang positif serta membuka ruang kepada pasukan mahupun lain-lain agensi penyelamat atau PBA berkaitan dalam mengenalpasti jurang keupayaan yang sedia wujud di dalam konteks kolaborasi bersama antara agensi.

“Seterusnya maklum balas daripada eksesais ini dapat mewujudkan satu pelan tindakan yang lebih komprehensif di masa akan datang,

“Pelaksanaan Eksesais ini telah mendapat sambutan serta maklum balas yang positif daripada PBA atau agensi-agensi yang terlibat,” ujarnya.-airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply