KOTA BAHARU, 3 Nov – PAS menggugurkan penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai calon Perikatan Nasional (PN) negeri Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Turut digugurkan penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Pengumuman calon PN dibuat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, malam tadi.
Nik Mohamad Abduh digantikan Setiausaha Politik Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman.
Manakala kerusi Parlimen Tumpat pula digantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Datuk Mumtaz Md Nawi.
Penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang sebelum ini mengesahkan untuk menarik diri daripada bertanding pada PRU15 digantikan Setiausaha Politiknya iaitu Zahari Kechik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
PN Kelantan turut mengumumkan Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal dipertaruhkan di kerusi Parlimen Machang.
Dalam pada itu, PN Kelantan menutup desas desus akan memberi laluan kepada Tan Sri Annuar Musa di kerusi Parlimen Ketereh apabila mengumumkan Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Khlir Mohd Nor sebagai calon dikerusi tersebut. – airtimes.my
Berikut adalah senarai calon PN di kesemua 14 Parlimen di Kelantan:
P019 TUMPAT
Datuk Mumtaz Md Nawi (PAS)
P020 PENGKALAN CHEPA
Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PAS)
P021 KOTA BHARU
Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas)
P022 PASIR MAS
Ahmad Fadhli Shaari (PAS)
P023 RANTAU PANJANG
Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
P024 KUBANG KERIAN
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
P025 BACHOK
Mohd Syahir Che Sulaiman (PAS)
P026 KETEREH
Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor (BERSATU)
P027 TANAH MERAH
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BERSATU)
P028 PASIR PUTEH
Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS)
P029 MACHANG
Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (BERSATU)
P030 JELI
Zahari Kechik (BERSATU)
P031 KUALA KRAI
Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS)
P032 Gua Musang
Mohd Azizi Abu Naim (BERSATU)