KUALA LUMPUR, 3 Nov – Tindakan pihak yang menyebarkan dokumen akujanji palsu ditandatangani calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah sebagai perbuatan terdesak serta paling hina.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan, dokumen akujanji palsu tular itu juga didakwa sebagai usaha fitnah yang gagal, serta yakin ia tidak memberi kesan terhadap BN dan UMNO.
“Akujanji palsu disebar. Terdesak mereka ini ketahap yang hina. Usaha fitnah yang gagal,
“UMNO dan BN tidak akan tewas dengan fitnah seperti ini lagi kerana kami sudah tahu taktik kotor pihak mereka,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.
Sehubungan itu, Ahmad menasihati pengundi supaya tidak terpedaya dengan fitnah berkenaan sebagaimana berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Dakwaan itu juga turut disangkal oleh Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang mengesahkan bahawa akujanji disebarkan itu adalah palsu serta tidak benar.

Dokumen dengan kepala surat UMNO itu, turut memaparkan tandatangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahmad selaku Setiausaha Agung parti.
Jelasnya, perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan partinya ketika musim PRU15.
“Tiada sebarang akujanji sedemikian,
“Mohon rakyat Malaysia yang mendapat Akujanji Palsu ini tidak terpengaruh dengannya. Pihak saya amat kesal dengan permainan politik sebegini,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebooknya, malam tadi.
Semalam tular sebuah dokumen mengandungi senarai akujanji bertarikh 30 Oktober 2022, yang ditandatangani Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, yang dicalonkan bagi kerusi BN di Parlimen Lenggong.
Dokumen dengan kepala surat UMNO itu, turut memaparkan tandatangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahmad selaku Setiausaha Agung parti.
Akujanji itu antara lain menyatakan ikrar calon UMNO dan BN yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.-airtimes.my