Home Pertahanan dan Keselamatan 387 PATI warga Filipina dihantar pulang

387 PATI warga Filipina dihantar pulang

by Nurulhuda

SANDAKAN, 3 Nov – Seramai 387 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan, malam tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff memaklumkan, semua PATI itu membabitkan 372 lelaki, 14 wanita dan seorang kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

“Semua PATI ini ditahan di Depot Imigresen Tawau sebelum dipindahkan menggunakan pengangkutan laut iaitu Feri MV Antonia terus ke Zamboanga, Filipina,

“Mereka ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua warga asing diingatkan supaya memastikan memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja yang dibenarkan terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.

Menurut SH Sitti Saleha, pihaknya akan terus melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan serta undang-undang negara.

Operasi Pemindahan ini merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakkan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh negeri Sabah. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?