Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Tun Mahathir sedih ‘orang lama’ UMNO digugurkan

Tun Mahathir sedih ‘orang lama’ UMNO digugurkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa dengan pengguguran beberapa ‘orang lama’ UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa mereka yang digugurkan bukan pilihan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya sedih melihat orang lama pemimpin UMNO yang sudah memimpin UMNO selama 8 kali tetapi digugurkan dan diganti orang tidak dikenali, saya sedih melihat mereka seperti Datuk Seri Shahidan, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa lagi yang lain termasuk Datuk Seri Tajuddin,

“Mereka diganti pula dengan orang yang tidak dikenali. Saya rasa mereka ini digugurkan kerana bukan orang Presiden UMNO,

“Presiden nak orang dia jadi calon tetapi bagi kita masalah ini tak timbul walaupun ada kecewa tak jadi calon tapi taklah tindakan dibuat gugur sesiapa,” katanya dalam ucapan pengumuman calon GTA pada PRU15 yang disiarkan secara langsung di Facebook pada Rabu.

Sementara itu, GTA juga mengumumkan akan bertanding di 121 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita akan bertanding 121 Parlimen dan perlu 111 kerusi untuk kemenangan,

“Mungkin kita tidak dapat semua kerusi tapi saya yakin kita boleh menang,” jelasnya.

Antara nama yang disenaraikan, Tun Dr Mahathir akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Datuk Seri Mukhriz (Jerlun), Datuk Seri Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Selain itu, Timbalan Presiden PEJUANG, Datuk Marzuki Yahya akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Petani, manakala Ketua Pejuangnita, Nurul Ashikin Mabahwi di Ampang.

Dr Mahathir, Mukhriz dan Amiruddin memenangi kerusi tersebut atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada PRU-14 yang lalu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply