Home Pertahanan dan Keselamatan Kerjasama erat jadi teras utama pertahan keselamatan negeri Sarawak – Hishammuddin

Kerjasama erat jadi teras utama pertahan keselamatan negeri Sarawak – Hishammuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan, jalinan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri Sarawak merupakan teras utama dalam usahasama memelihara keselamatan rakyat di negeri itu.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan akan terus meningkatkan keupayaan aset dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negeri itu dari semasa ke semasa.

“Di pihak kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pertahanan Malaysia, saya ulangi komitmen bahawa aturgerak aset dan anggota ATM ke Sarawak akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa,

“Ia termasuklah bagi memperkukuh keselamatan di sempadan. Terima kasih Premier dan kerajaan negeri Sarawak,” katanya menerusia hantaran di media sosialnya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada Rabu.

Sementara itu, Unit Komunikasi Awam Sarawak di laman Facebook rasminya menjelaskan, kunjungan hormat Hishammuddin ke atas Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia itu bertujuan membincangkan perkara berkaitan usahasama dalam memelihara keselamatan rakyat serta negeri Sarawak. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply