Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Perolehan aset baharu perkukuh ketumbukan Tentera Darat Malaysia

Perolehan aset baharu perkukuh ketumbukan Tentera Darat Malaysia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima aset baharu bagi beberapa jenis kenderaan dan senjata dalam meningkatkan tahap kesiagaan, kompentensi serta aset di 92 Depot Pertahanan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen, semalam.

TDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, pihaknya telah menerima beberapa perolehan baharu secara berperingkat sejak awal 2022 yang lalu bagi beberapa Kenderaan Jenis B (KJB), sistem persenjataan serta alat pelbagai.

Menurut TDM, perolehan KJB melibatkan Heavy Expanded Mobility Tactical Truck – Multi Cargo Palletised (HEMTT – MCPLS); Trak 5 Tan dan 1 Tan GS Kargo; Trak 3 Tan GS Kargo (MALBATT); Kenderaan Penarik Meriam dan Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR).

“Manakala sebanyak 249 laras senjata baharu telah diperolehi melibatkan 72 unit Mortar 81MM (Complete Set) bersama kenderaan yang dilengkapi TALOS Fire Control System, 27 unit Multiple Grenade Launcher 40MM dan 150 unit Light Anti Tank Weapon Short Range (Rocket Propelled Grenade),

“Turut diterima ialah 98 unit Assault Boat yang boleh membawa maksimum 12 penumpang dalam satu masa,” jelas TDM.

Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat yang telah diselaraskan oleh Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat (BPP TD) telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman; Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Abdul Aziz Samsi @ Shamsudin; Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (AKS OPLAT) Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Malek Razak Sulaiman.

Tambah TDM, perolehan aset-aset ini juga merupakan salah satu Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan TDM. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply