Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PRU15: Radzi Jidin calon PN di Parlimen Putrajaya

PRU15: Radzi Jidin calon PN di Parlimen Putrajaya

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 27 Okt – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Radzi sebagai calon di kerusi parlimen tersebut pada program Jelajah Prihatin PN di Putrajaya, malam tadi.

“Saya umumkan awal-awal lagi, jadi lepas ini kita nak minta dia buat kerja. Malam ni sahih bukan uar-uar atau khabar-khabar tapi sahih diumumkan Pengerusi PN iaitu Datuk Dr Radzi Jidin calon kita di Putrajaya

“Saya tak tahu siapa nak lawan, lawanlah. Tapi saya nak beri nasihat sikit kepada kawan saya Ku Nan (Datuk Seri Tengku Adnan). Ku Nan have done something for Putrajaya but (telah buat sesuatu di Putrajaya, tetapi) cukuplah Ku Nan,

“Sekarang tiba masa untuk kita ubah dan perubahan itu akan dilakukan oleh PN di bawah Radzi,” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply