Home Semasa PM arah siasatan segera kemungkinan salah laku Tommy Thomas

PM arah siasatan segera kemungkinan salah laku Tommy Thomas

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguatkuasa bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Beliau berkata, Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas dakwaan dalam buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan Tommy Thomas telah membentengkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Laporan tersebut telah disedikan oleh pasukan ini dalam tempoh 9 bulan, bermula Disember 2021 hingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan-dakwaan yangt disebut Tommy Thomas dalam bukunya itu,

“Berdasarkan siasatan yang telah dibuat, pasukan ini telah mengkategotikan 19 isu-isu penting yang dikesan dalam buku tersebut kepada 4 isu utama iaitu dakwaan ke atas badan kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional serta kenyataan berbaur hasutan,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat,

Menurut Ismail Sabri, pasukan ini seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguatkuasa berkaitan, bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh Tommy Thomas,

“Sisatan akan dijalankan antaranya di bawah Seksyen 124(1) & Seksyen 203A Kanun Keseksaan; Seskyen 4 Akya Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply