Home Semasa Pusat hiburan tiada lesen, 9 GRO warga asing diberkas

Pusat hiburan tiada lesen, 9 GRO warga asing diberkas

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memberkas seramai 9 wanita warganegara asing yang bekerja sebagai pelayan khidmat pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Jalan Baba Off Jalan Pudu, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Assiten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam serbuan pada jam 11 malam itu, pihaknya telah menahan 10 orang terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pengurus pusat hiburan tersebut.

“Manakala 9 GRO bukan warga negara yang ditahan berusia 30 tahun hingga 40 tahun,

“Polis turut merampas 2 buah pembesar suara, satu resit perniagaan, 1 set pengadun muzik, pembesar muzik, sebuah komputer riba dan 1 set peralatan internet,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kesemua suspek telah direman selama 4 hari mulai Khamis hingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1953/69 dan Seksyen 6 (1) (c) akta yang sama.

Noor Dellhan berkata, pihaknya akan terus meningkatkan operasi dan pemeriksaan di premis hiburan serta membuat pemantauan ke atas aktiviti pub serta kelab malam tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply