Home Semasa Polis siasat guru pusat terapi dera anak austime

Polis siasat guru pusat terapi dera anak austime

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 29 Jul – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan terhadap pihak-pihak terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak lelaki autisme oleh guru di sebuah pusat terapi di Skudai, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Polis Rupiah Abd Wahid berkata, pihaknya telah mengesan satu hantaran di media sosial milik Cik Puan Zetty berkenaan anak lelakinya yang berumur 7 tahun telah didera oleh guru pusat terapi tersebut.

“Semakan mendapati isu berkenaan masih dalam proses siasatan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara,

“Selepas siasatan awal ke atas pengaduan tersebut, kanak-kanak terbabit telah dirujuk ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan perubatan,” katanya dalam kenyataan,” pada Khamis.

Dalam pada itu, mangsa turut dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan khusus oleh pakar terhadap status kesihatannya.

Jelas ibu mangsa, individu yang didakwa bukanlah tenaga pengajar dalam subjek pelajaran anaknya, tetapi hanya Guru Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Rupiah berkata, semua pihak yang terlibat telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply