Home Semasa Kebajikan kakitangan tetap dijaga walaupun dana berhadapan tahun mencabar – LTAT

Kebajikan kakitangan tetap dijaga walaupun dana berhadapan tahun mencabar – LTAT

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Jul – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini menegaskan pihaknya sentiasa meletakkan kebajikan staf sebagai keutamaan walaupun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang mencabar sejak negara dilanda pandemik Covid-19 pada tahun 2020.

“LTAT juga menekankan bahawa tiada staf yang hilang pekerjaan serta tiada pengurangan gaji asas mahupun elaun bulanan sepanjang tempoh pandemik,” katanya dalam satu kenyataan yang mengulas tindakan hampir 100 kakitangan LTAT yang mengadakan piket di Bukit Bintang, hari ini.

Semasa piket diadakan, Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (KKLTAT) bahawa pihak pengurusan LTAT tidak mengendahkan kebajikan pekerja.

LTAT menyuarakan rasa kesal dengan tindakan KKLTAT yang meneruskan piket walaupun kesal dengan keputusan KKLTAT untuk meneruskan piket walaupun pelan penyelarasan gaji dan bayaran sara hidup telah dimaklumkan lebih awal.

“Beberapa sesi perbincangan dan penjelasan kepada KKLTAT termasuk melalui forum rasmi Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) telah dianjurkan bagi membincangkan tuntutan KKLTAT supaya gaji kakitangan diselaraskan kepada 15 peratus dan dibayar secara tunggakan ke tahun 2020,

“Tuntutan ini sememangnya dalam proses pelaksanaan dan akan diselaraskan bukan secara pukul rata sepertimana amalan sebelum ini, tetapi secara individu mengikut pemetaan gaji (salary-mapping) yang wajar,” katanya.

Jelas LTAT sebahagian kakitangan yang berada di bawah P50 (tanda aras gaji pasaran) bakal menikmati penyelarasan gaji sehingga 36 peratus selain daripada bayaran sara hidup sebanyak RM5,200 setiap seorang.

Tambahnya, LTAT terus membayar bonus tahunan maksimum tiga bulan sejak tahun 2020 sehingga kini.

“Kadar peratusan kenaikan gaji tahunan staf dari tahun 2020 hingga 2022 juga meningkat dari maksimum 5.5 hingga 7.0 peratus mengikut prestasi masing-masing,

“LTAT juga memberi Bantuan Sara Hidup Khas Covid dari tahun 2020 hingga 2021 kepada staf yang terjejas dengan jumlah keseluruhan RM36,590,

“Inisiatif tambahan dalam bentuk moratorium agar staf yang meminjam daripada LTAT tidak perlu melakukan pembayaran balik pinjaman bagi tempoh enam (6) bulan,” kata kenyataan itu.

Media tempatan sebelum ini memetik kenyataan Presiden KKLTAT, Zulharith Shahrizzan Kumar Abdullah yang memberitahu piket aman di hadapan Bangunan LTAT itu akan diadakan sehingga Jumaat ini bermula jam 1 tengah hari hingga 2 petang.

Turut hadir memberikan sokongan kepada piket hari ini, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani dan Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?