Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera berkas 13 PATI sembunyi di kebun getah sempadan Malaysia-Thailand

Tentera berkas 13 PATI sembunyi di kebun getah sempadan Malaysia-Thailand

by Air Times News Network

BUKIT KAYU HITAM, 25 Jul – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) berjaya menahan 13 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam 2 siri tangkapan berasingan di Bukit Kayu Hitam, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) berkata, 13 PATI yang ditahan terdiri daripada 12 warga Myanmar dan seorang warga Thailand cuba memasuki ke Malaysia melalui laluan tidak sah.

“Kejadian tersebut berlaku di 2 lokasi yang berbeza dalam kawasan Operasi Benteng (Op Benteng),

“Tangkapan pertama pada jam 11.15 pagi telah mengesan sekumpulan individu yang mencurigakan bergerak masuk dari arah pagar sempadan dan bersembunyi di dalam semak kebun getah,

“Tangkapan dan pemeriksaan dilakukan mendapati seramai 7 orang PATI warganegara Myanmar tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah serta berumur antara 14 hingga 47 tahun terdiri daripada 6 lelaki seorang perempuan,” katanya.

Manakala, tangkapan kedua dilakukan pada jam 5 petang oleh Tim Serang dan Tangkap (SERKAP) yang ditempatkan di ladang getah tidak jauh dari sempadan.

“Tim tersebut berjaya menahan 6 orang PATI terdiri daripada 5 orang warganegara Myanmar dan seorang dari Thailand,

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua tahanan gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah serta berumur diantara 18 hingga 38 tahun yang terdiri daripada 5 lelaki dan seorang perempuan,

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM5,902, turut merampas sebanyak 5 buah telefon bimbit, sebuah motosikal jenis Honda Wave, wang tunai matawang Myanmar dan Thailand serta 13 beg pakaian dalam 2 tangkapan berasingan,” ujarnya.

Jelasnya, kesemua tahanan diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply