Home Semasa Ahli Parlimen Parit dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif SPNB

Ahli Parlimen Parit dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif SPNB

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 21 Jul – Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) yang baharu berkuatkuasa 15 Julai 2022.

SPNB dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Mohd Nizar bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha.

“Mohd Nizar memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Utara Malaysia serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol di Sumatera Barat, Indonesia,

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak, Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, serta Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan Parit,

“Kami mengalu-alukan pelantikan Pengerusi baharu SPNB dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap beliau akan dapat menyuntik semangat untuk SPNB terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan,” katanya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply