Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bubar segera, Majlis Pemulihan Negara sudah gagal – Zahid Hamidi – Air Times News Network
Home Semasa Bubar segera, Majlis Pemulihan Negara sudah gagal – Zahid Hamidi

Bubar segera, Majlis Pemulihan Negara sudah gagal – Zahid Hamidi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dibubarkan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, majlis itu tidak lagi berkesan terutamanya dengan tindakan kerajaan yang menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Malah, Zahid berkata, sejak awal, majis itu hanya berfungsi sebagai penasihat kerajaan sahaja dan mempunyai pertindihan peranan dengan badan-badan pemikir berkaliber seperti seperti Khazanah Research Institute (KRI).

“Majlis Pemulihan Negara sudah gagal,

“Sudah tiba masanya kerajaan membubarkan sahaja majlis ini dan memberikan kelapangan kepada kementerian-kementerian dan menteri-menteri daripada melayan serta menghadiri mesyuarat majlis yang tidak berkesan ini,” ujar Zahid menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Semalam, kerajaan bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan khas ini akan dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bagi merangka strategi serta menyelaras tindakan berkaitan inflasi, khususnya mengawal kenaikan harga barang.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, penubuhan MPN hanyalah platform untuk memberi Muhyiddin menaikkan imej serta partinya sahaja.

“Saya ingin menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggunakan platform berlainan bagi menyumbang idea dan saranan sebagai mantan perdana menteri, seperti menerusi Yayasan Kemimpinan Perdana bersama-sama Tun Dr Mahathir.

“Itu lebih elok,” jelasnya.

MPN diperkenal oleh Muhyiddin ketika beliau menjadi Perdana Menteri bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak COVID-19.

Ia dianggotai wakil sektor swasta, pakar industri, dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman serta nasihat dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar daripada pandemik secara sistematik dan selamat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?