Home Semasa Tambang MRT, LRT percuma selama sebulan

Tambang MRT, LRT percuma selama sebulan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Kerajaan mengumumkan pemberian perkhidmatan secara percuma selama sebulan bagi semua pengangkutan awam di bawah RapitKL.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan membabitkan perkhidmatan LRT, MRT, BRT, Monorel dan bas RapidKL yang bermula pada hari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ismail Sabri ketika pelancaran MRT aliran Putrajaya Fasa 1 di Stesen MRT Kg Batu, hari ini.

“Sempena pembukaan rasmi MRT laluan Putrajaya fasa 1, saya sukacita mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL, MRT, LRT, BRT dan monorel serta bas Rapid KL selama sebulan,

“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” ujarnya.

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer (km) meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang ini.

Manakala, 9 stesen baharu yang dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, serta Sri Delima dan Kampung Batu.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply