Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Pesawat CN235-220M TUDM kini dipanggil PUTRA

Pesawat CN235-220M TUDM kini dipanggil PUTRA

by Air Times News Network

SUBANG, 20 Mei – Pesawat CN235-220M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dianugerahkan nama panggilan PUTRA dan akan beroperasi di bawah naungan No 2 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, pada Selasa lepas.

TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, nama panggilan PUTRA adalah hasil cetusan idea Komander Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Omar Dawami TUDM kepada pesawat selepas sesi tandatangan serah terima pesawat tersebut yang sebelum ini menggunakan nama CEKAL.

Ketibaan pesawat CN235-220M VIP (M44-08) di Hangar B Pangkalan Udara Subang disambut dengan tradisi ‘water salute’

“PUTRA nama pesawat TUDM yang baharu melalui proses perpindahan pesawat yang merupakan salah satu perancangan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (RMAF Capability Development Plan 2055) atau CAP55,

“Penganugerahan nama tersebut diuar-uarkan dalam simbolik gimik penyerahan pesawat tersebut dalam Majlis Serah Terima Pesawat CN235-220M VIP (M44-08) yang dilaksanakan oleh No 1 Skuadron kepada No 2 Skuadron pada Selasa,” katanya.

Menurutnya, pesawat tersebut sebelum ini beroperasi di bawah naungan No 1 Skuadron selaku pesawat orang kenamaan (VIP).

“Dengan perpindahan pesawat ini, No 2 Skuadron bertanggungjawab mengoperasikan pesawat berkenaan sebagaimana CAP55 serta seiring dengan moto Skuadron ‘Kami Sampaikan’,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply