Home Pertahanan dan Keselamatan Blueprint Perumahan 3.0 sasar bina 12,733 rumah buat warga, veteran ATM

Blueprint Perumahan 3.0 sasar bina 12,733 rumah buat warga, veteran ATM

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=intkCIiSXGQ[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Kementerian Pertahanan akan terus memperkasa kebajikan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya dalam membabitkan isu kebajikan, perumahan, kesihatan dan pendidikan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan, ia juga termasuk melalui pelaksanaan Blueprint Perumahan 3.0 yang menyasarkan pembinaan 12,733 Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT).

Beliau berkata, pembinaan RKMAT itu akan dilaksanakan melalui 5 fasa keseluruhan yang bermula pada tahun hadapan sehingga 2030.

“Blueprint Perumahan 3.0 ini dibina dengan bersandarkan 3 objektif utama iaitu Pembinaan, Penyelenggaraan dan Pemilikan,

“Ia juga mempunyai 4 program utama yang akan dilaksanakan di bawah Blueprint Perumahan 3.0 ini termasuklah, pembinaan 12,733 RKMAT,

“Kedua, penyelenggaraan dan naik taraf kediaman termasuk membekalkan perabut-perabut baharu,

“Ketiga, pemilikan rumah mampu milik iaitu Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang kita raikan pada hari ini,

“Manakala keempat, memberi sasaran yang khusus kepada agenda perumahan untuk veteran ATM,” kataya.

Hishammuddin berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Prapelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan dan menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli (SASaR), pada Jumaat.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika melihat rumah contoh RKMAT yang akan dilaksanakan di bawah Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan di Galeri Jualan, Sateria Residensi Platinum South Valley, Sungai Besi, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, apa yang diumumkan bukanlah satu omong kosong dan Hishammuddin menegaskan, Pra Pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 ini menjadi bukti bahawa perancangan kementeriannya akan dilaksana demi kebajikan anggota tentera.

“Apa yang saya nyatakan tadi bukan merupakan retorik, bukan juga sesuatu yang belum dilaksanakan. Jelas dari program kita hari ini di Residendsi Satria bahawa apa yang saya hadir sendiri 5 tahun dahulu, telah pun menjadi kenyataan,

“Saya bangga melihat kepada rumah SASaR di Kem Sungai Besi mendapat sambutan yang cukup luar biasa, unit yang disediakan sebanyak 3,500 sahaja tetapi dalam senarai menunggu seramai 10,000 ribu orang,” ujarnya.

Tambahnya, pembangunan Progran SASaR di Kem Wardieburn kini sedang giat dilaksanakan dan majlis perasmian akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan pada 14 Julai depan.

“Pada Julai nanti, Perdana Menteri akan merasmikan Blueprint 3.0 ini dan Mindef akan umumkan perancangan yang seterusnya,

“Saya juga melihat, fokus 4 teras utama perancangan ini melibatkan veteran ATM. Sebanyak 900 unit di kem Sungai Besi ini diperuntukan kepada mereka (veteran ATM),

“Ia termasuk pemberian kedai-kedai jualan di Kompleks SASaR kepada veteran ATM. Keputusan syarikat dan kementerian untuk mengagihkan kedai-kedai kepada mereka merupakan satu perkara yang cukup saya hargai,” katanya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan, sebanyak 900 unit rumah SASaR di Sungai Besi dan kedai jualan di kompleks berkenaan akan diperuntukan kepada veteran ATM.

Dalam masa yang sama, Hishammuddin menjelaskan, agenda perumahan ini cukup penting bagi membela kebajikan warga dan anggota ATM.

“Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada warga awam Mindef termasuk veteran serta keluarga mereka,

“Tidak kira siapa Menteri Pertahanan, ia akan diteruskan. Ia adalah salah satu komitmen ATM dan Kementerian Pertahanan yang dilaksanakan untuk dimanfaatkan oleh anggota yang memerlukan,” tambahnya lagi.

Turut hadir, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply