Home Semasa Kurniaan Istana Johor bukan untuk raih populariti di media sosial

Kurniaan Istana Johor bukan untuk raih populariti di media sosial

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 19 Apr – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, sebarang kurniaan daripada Istana Johor tidak sepatutnya disalah gunakan untuk meraih populariti di media sosial.

Tuanku Raja Zarith bertitah demikian, merujuk kepada pemilik akaun TikTok ‘shafeqyahya’ yang telah menayang beberapa hadiah kurniaan daripada Istana Bukit Serene.

Baginda turut bertitah tidak mengenali individu pemilik akaun tersebut.

Tangkap layar beberapa kurniaan Istana Johor yang dimuat naik pemilik akaun TikTok ‘shafeqyahya’.- Foto Royal Press Office

“Saya tahu hadiah-hadiah itu dan ia sebenarnya hadiah kurniaan kepada sesetengah pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor sebagai penghargaan ikhlas atas perkhidmatan mereka,

“Saya tidak mengenali siapa ‘shafeqyahya’ ini dan saya mengesyaki hadiah-hadiah itu disalah gunakan untuk meraih ikutan dan populariti di media sosial, seolah-olah mempunyai hubungan yang rapat dengan Keluarga DiRaja Johor,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Sehubungan itu, baginda bertitah, satu laporan polis akan dibuat untuk menyiasat sama ada wujudnya elemen salah guna ataupun menyamar sebagai pegawai kerajaan Johor. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply