Home SemasaGlobal Serangan peluru berpandu balistik gegar Konsulat US di Utara Iraq

Serangan peluru berpandu balistik gegar Konsulat US di Utara Iraq

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=5H_MbhCfd3w[/embedyt]

BAGHDAD, 13 Mac – Lebih dari 5 letupan menggegarkan kawasan Erbil, wilayah autonomi Kurdish, utara Iraq.

Serangan yang dipercayai berpunca dari peluru berpandu balistik berlaku kira-kira pukul 6 pagi waktu Malaysia.

Menurut agensi Al Arabiya, serangan tersebut telah mengenai kawasan Konsulat dan Pangkalan Tentera Amerika Syarikat.

“Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Kurdistan 24 mengesahkan serangan tersebut telah menyebabkan kerosakan di premis stesen televisyen milik mereka.

“Bangunan stesen televisyen Kurdistan 24 mengalami kerosakan akibat serangan yang berlaku,

“Tiada kemalangan jiwa dikalangan pekerja yang sedang bertugas di premis stesen televisyen,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply