Home SemasaGlobal Youtube mula sekat kandungan media kerajaan Rusia

Youtube mula sekat kandungan media kerajaan Rusia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Pembekal perkhidmatan video dalam talian, Youtube mula menyekat siaran saluran media yang dibiayai oleh Rusia.

“Sekatan dikenakan pada peringkat global bermula dari Eropah. Perubahan ini dilakukan secara serta merta dan akan mengambil masa untuk lengkap sepenuhnya,” kata pihak Youtube di saluran media sosial rasminya.

Menurutnya, pihak pembekal akan memadam kandungan yang mempunyai kaitan tindakan ketenteraan Rusia di Ukraine jika didapati melanggar Garis Panduan Komuniti.

“Garis panduan tersebut melarang sebarang kandungan yang menidakkan, meminimumkan atau meremehkan kejadian ganas,

“Pihak kami akan memadamkan kandungan mempunyai kaitan dengan kejadian di Ukraine jika ia didapati melanggar garis panduan ini,” jelasnya.

Menurut Youtube, pihaknya telah memadam lebih daripada 1,000 saluran dan 15,000 video yang didapati melanggar pelbagai polisi.

Selain daripada itu, khidmat pengiklanan di Rusia turut dihentikan oleh pihak Youtube. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply