JOHOR BAHRU, 13 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) umum kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Johor.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan.
BN telah memenangi sejumlah 29 daripada 56 kerusi yang diperuntukkan dan memperolehi satu majoriti melebihi 50 peratus,” katanya.
Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) telah memenangi 11 kerusi, manakala Perikatan Nasional 3 kerusi.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan MUDA masing-masing memenangi 1 kerusi.
Menurut SPR, PRN Johor kali ini menyaksikan 54.92 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka. – airtimes.my
