Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PAS, UMNO tidak perlu bergaduh – Khairuddin

PAS, UMNO tidak perlu bergaduh – Khairuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan agar PAS dan UMNO tidak perlu bergaduh meskipun kedua-dua parti tidak lagi boleh bekerjasama dalam pilihan raya.

Beliau berkata, kedua-dua parti itu tidak perlu serang-menyerang antara satu sama lain kerana ruang kerjasama masih terbuka selepas piilhan raya.

“Tidak perlu bergaduh meskipun berbeza. Itu mesej Budaya Politik Matang Sejahtera,

“Maksudnya jika PAS dan UMNO tidak boleh lagi bersama dalam wadah pilihan raya dan akan berlawan dalam pilihan raya kekalkan berlawan dengan matang dan sejahtera tanpa serang menyerang,

“Hal ini kerana banyak lagi ruang kerjasama diperlukan pasca pilihan raya. Itulah politik baru yang dihasratkan oleh generasi baru apatah lagi anak muda 18 tahun,” katanya menerusi catatan di laman Facebooknya pada Ahad.

Tambahnya, pengundi atas pagar juga dilihat sudah muak dengan perbalahan sesama parti politik.

Selain itu, bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS itu turut menyarankan supaya menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai contoh.

“Boleh amalkan apa yang berlaku dalam pilihan raya Melaka. Itu contoh terbaik. Itu sahaja maksud politik matang,

“Itu sahaja seruan saya kepada PAS dan UMNO. Rasanya tidak sukar untuk difahami,” jelasnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply