Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM, MIMOS pertingkat kerjasama bidang teknologi maklumat

TLDM, MIMOS pertingkat kerjasama bidang teknologi maklumat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan MIMOS Berhad meneruskan kerjasama untuk penambahbaikan serta peningkatan dalam bidang teknologi ICT.

TLDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany telah menyempurnakan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara MIMOS Berhad dan TLDM, semalam.

“Memorandum Persefahaman di antara MIMOS dan TLDM ini telah dimeterai pada 30 Oktober 2021 untuk tempoh selama 5 tahun, iaitu sehingga 29 Oktober 2026,

“Memorandum ini bertujuan untuk melaksanakan kerjasama penambahbaikan dan peningkatan dalam bidang ICT bagi TLDM,” katanya.

Katanya, beberapa kerjasama dan aktiviti telah dilaksanakan seperti khidmat nasihat teknikal untuk pembangunan Sistem Pengurusan Pemantauan Bersepadu TLDM atau RMN-ILIS, latihan dan penggunaan teknologi MIMOS untuk pemantauan Sistem TLDMnet serta perlaksanaan projek pembuktian konsep (POC) bagi teknologi ICT yang dibangunkan berdasarkan keperluan TLDM.

Selain itu, kesinambungan daripada kejayaan projek POC RMN-ILIS, MIMOS juga meneruskan khidmat nasihat teknikal bagi membantu TLDM membuat persediaan perlaksanaan projek RMN-IRIS yang akan datang. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply