Home Semasa Melonjak lagi, 17,134 kes baharu hari ini

Melonjak lagi, 17,134 kes baharu hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Jumlah kes jangkitan harian baharu COVID-19 terus melonjak kepada 17,134 kes pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di media sosialnya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 2,956,332 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 17,134 kes harian yang dilaporkan hari ini adalah terdiri daripada 86 kes adalah kategori 3, 4 dan 5.

Manakala 17,048 kes lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kategori 1 mencatatkan 4,722 kes; kategori 2 (12,326 kes); kategori 3 (58 kes); kategori 4 (24 kes); dan kategori 5 catat 4 kes,” ujarnya.

Semalam, Malaysia merekodkan 13,944 kes harian COVID-19 dengan 5,421 kes sembuh dicatatkan. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply