Home Semasa Muhyiddin positif COVID-19

Muhyiddin positif COVID-19

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan positif COVID-19, hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dalam hantaran di media sosialnya berkata, beliau disahkan positif selepas membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pagi tadi.

“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik,

“Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya.

Beliau berkata, kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat dinasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.

“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply