Home Semasa PICKids: Kanak-kanak 5 hingga 12 tahun akan terima vaksin Pfizer

PICKids: Kanak-kanak 5 hingga 12 tahun akan terima vaksin Pfizer

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang berumur 5 hingga 12 tahun bertempat di Auditorium Hospital Tunku Azizah, hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman media sosialnya berkata, terdapat sejumlah 4 juta kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 hingga 12 tahun akan menerima Vaksin mRNA iaitu Comirnaty®️ 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech).

“Dos vaksin tersebut adalah sepertiga daripada dos dewasa,

“Sebanyak 0.2 ml vaksin akan diberikan di lengan atau peha bahagian anterolateral,

“2 dos diperlukan untuk melengkapkan imunisasi dengan tempoh antara setiap dos ialah 8 minggu,” kata hantaran itu.

Jelas hantaran itu, vaksin COVID-19 diberikan untuk mengurangkan risiko jangkitan seperti Multisystem Inflammation Syndrome in Children (MIS-C) atau kematian.

“Tarikh janji temu pemberian vaksin akan diberi kepada ibu bapa atau penjaga melalui Mysejahtera,

“Ibu bapa atau penjaga yang tinggal di Lembah Klang akan menerima pautan untuk membuat tempahan janji temu vaksinasi secara berperingkat bermula 1 Februari 2022,” jelas hantaran itu.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Haji Noor Azmi Ghazali, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Sri Mohd Shafiq Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong, Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Paduka Dr. Rohana Johan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Mohd Fikri Ujang serta pegawai kanan kementerian. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply