Home SemasaGlobal Taiwan gantung operasi F-16 selepas nahas jet pejuang di kawasan laut

Taiwan gantung operasi F-16 selepas nahas jet pejuang di kawasan laut

by M.Daim

TAIPEI, 12 Jan – Taiwan gantung operasi jet pejuang F-16 di negara itu selepas sebuah pesawat itu dilaporkan hilang di kawasan laut.

Kejadian berlaku pada kira-kira pada pukul 3.23 petang semalam.

“Jet pejuang F-16V hilang dari radar kira-kira 30 minit selepas mula menjalani latihan penerbangan di Chiayi,

“Pesawat dikendalikan oleh Kapten Chen Yi, 28 tahun,” lapor AFP.

Menurutnya, saksi kejadian menyatakan pesawat telah terhempas di kawasan laut.

Sementara itu, pihak Tentera Udara Taiwan telah mengeluarkan arahan untuk menggantung operasi kesemua jet pejuang F-16.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilaksanakan oleh pihak keselamatan negara pulau itu.

Taiwan mula mengoperasikan F-16V pada akhir tahun lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply