Home Semasa SPRM buat perangai macam parti politik – Majlis Presiden Pakatan Harapan

SPRM buat perangai macam parti politik – Majlis Presiden Pakatan Harapan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menegur tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengeluarkan kenyataan menyokong Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki  pada Ahad lalu.

“Majlis Presiden memandang serius dan perlu menegur kenyataan media 3 Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan sokongan terbuka terhadap Ketua Pesuruhjaya serta membuat tuduhan motif ‘dendam politik’,

“Tindakan janggal mereka secara terburu-terburu menyokong ‘bos’ mereka dengan kenyataan terbuka menyerupai tingkah laku ahli politik dalam sebuah parti politik dan bukannya agensi terhormat seperti SPRM,” kata kenyataan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Menurutnya, ketiga-tiga pegawai kanan SPRM perlu menyedari tindakan mengeluarkan kenyataan menyokong Azam Baki percubaan mempengaruhi proses siasatan kes.

“Pegawai-pegawai kanan ini perlu membuat laporan polis dan biarkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat secara terbuka kerana sememangnya SPRM tidak akan menyiasat Azam secara bebas dan profesional sebaliknya akan ‘membersihkan’ nama beliau,” kata kenyataan itu.

Pada Ahad lalu, satu kenyataan disiarkan oleh SPRM bagi menyokong dan mempertahankan kepimpinan Azam Baki berikutan isu pemilikan saham oleh beliau pada tahun 2015. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply