1.2K
SEOUL, 11 Jan – Sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Republik Korea Selatan (ROKAF) dilaporkan terhempas hari ini.
Kejadian berlaku di Hwaseong, Gyeonggi.
“Pada pukul 1.46 petang (12.46 tengah hari waktu Malaysia), jet pejuang F-5 terhempas di kawasan pergunungan tengah Korea Selatan. Nasib juruterbang masih belum diketahui,” lapor Yonhap yang memetik kenyataan ROKAF. – airtimes.my