KUALA LUMPUR, 11 Jan – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil beberapa pemimpin Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berhubung penganjuran bantahan di Putrajaya, semalam.
Ketua AMK, Akmal Nasir mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan.
“AMK pula disiasat polis kerana bersuara krisis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan kami akan berikan kerjasama penuh,
“Namun, ini tak menghalang kami untuk terus mempertahankan prinsip dan integriti,” kata Akmal dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.
Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu, beliau adalah antara individu yang dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, esok.
“Turut dipanggil adalah Thiban (Naib Ketua AMK), Syukri Razab (Setiausaha AMK) dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau memaklumkan pihak AMK merancang untuk menyerahkan satu memorandum di hadapan bangunan Parlimen pada 20 Januari ini. – airtimes.my