Home SemasaGlobal Kazakhstan tahan hampir 8,000 perusuh, peniagaan kerugian lebih US$213 juta

Kazakhstan tahan hampir 8,000 perusuh, peniagaan kerugian lebih US$213 juta

by M.Daim

NUR-SULTAN, 10 Jan – Sektor perniagaan Kazakhstan mengalami kerugian melebih US$213 juta (RM895juta) berikutan rusuhan yang berlaku di negara itu pada minggu lalu.

Perkara tersebut disuarakan oleh pihak pertubuhan Kesatuan Perniagaan Kebangsaan Atameken (Atameken National Chamber of Entrepreneurs ) dalam satu kenyataan, hari ini.

“Antara sektor yang terjejas adalah perniagaan, kewangan, logistik serta penyediaan makanan,” kata kenyataan itu.

Semalam, kerajaan Kazakhstan mengumumkan situasi di negara itu pulih dan operasi pasukan keselamatan terus dilaksanakan bagi mengesan serta menangkap pihak yang terlibat dalam kekacauan skala besar sejak 2 Januari lalu.

Sementara itu, pihak keselamatan Kazakhstan mengesahkan hampir 8,000 individu ditahan berikutan rusuhan yang berlaku.

“Seramai 7,939 individu ditahan di seluruh negara. Pihak polis, pasukan pengawal kebangsaan dan anggota pasukan khusus turut menahan 207 individu di 2 pasar raya di Almaty,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kazakhstan di khidmat pesanan ringkas Telegram.

Menurutnya, polis telah merampas kereta, barang yang dicuri, senjata api dalam beberapa siri serbuan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply