Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kursus asas PAC uji ketahanan mental, fizikal anggota Tentera Darat

Kursus asas PAC uji ketahanan mental, fizikal anggota Tentera Darat

by Air Times News Network

KUALA TERENGGANU, 10 Jan – Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) (Decentralised) Siri 2/2021 dilaksanakan selama 5 minggu adalah bagi menguji ketahanan mental dan fizikal pegawai serta anggota Tentera Darat Malaysia (TDM).

18 RAMD Para dalam hantaran di media sosialnya berkata, pelbagai latihan dan ujian yang mencabar bertujuan untuk melahirkan pegawai serta anggota yang mampu menggalas misi PAC selaras dengan peranan, tugas ketumbukan 10 Briged (Para) sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat.

Kursus ini telah dirasmikan Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Mohamad Fadzly Mohd Yasin yang melibatkan seramai 14 pegawai dan 147 anggota bertempat di 18 RAMD (Para), Kem Seri Pantai, hari ini.

Mohamad Fadzly dalam ucapannya menyeru, kesemua penuntut kursus menyematkan nilai jati diri yang utuh, azam yang tinggi dan komited untuk menamatkan kursus.

Beliau juga menekankan kepentingan karakter dan etika kejurulatihan yang mampan dalam diri setiap jurulatih supaya usaha melahirkan generasi anggota 10 Bgd (Para) yang mampu melaksanakan misi serta tugas bagi mewarisi legasi kecemerlangan briged keramat ini. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply