Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan kapal tangki seludup diesel di Miri

APMM tahan kapal tangki seludup diesel di Miri

by Air Times News Network

MIRI, 10 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah kapal tangki cuba seludup miyak diesel di perairan lebih kurang 1.7 batu nautika dari barat muara Sungai Miri, awal pagi semalam.

Pengarah Zon APMM Miri, Komander Maritim Eizanizam Muhammad Eng berkata, pasukannya sedang melaksanakan rondaan di perairan Sungai Miri dan mengesan sebuah kapal tangki sekitar jam 2.35 pagi.

Pemeriksaan awal dilakukan mendapati vesel tersebut disyaki telah melakukan beberapa kesalahan, antaranya kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, kerana vesel tiada Master serta Domestic Shipping License (DSL).

Kapal tersebut didakwa atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana kerana tiada dokumen Surat Control Supplies Act (CSA).

Menurutnya, serbuan dilakukan berikutan maklumat risikan mengenai pelanggaran undang-undang oleh komuniti maritim.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat minyak diesel beranggaran 90,000 liter tiada Sijil Petroleum Development Act (PDA), tiada resit atau invoice pembelian bahan bakar, serta disyaki di seludup masuk ke negara,

“Kapal yang dikendalikan oleh 4 kru termasuk tekong, kesemua yang ditahan warga Indonesia berumur 23 hingga 51 tahun,” katanya.

Sementera itu, kapal tersebut berlayar daripada perairan Baram menuju ke Miri sebelum ditahan oleh APMM.

“Kesemua kru dan kapal serta minyak diesel ditahan dianggarkan berjumlah RM1.5 juta dan diiring masuk ke Jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) untuk siasatan lanjut,

“Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, serta Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply